ODP Mendapat tempat di kalangan selebriti tempatanThis is a featured page

One Drop PerfumesPercayakah anda hanya dengan setitik minyak wangi mampu membuat anda segar mewangi sepanjang hari?
..
Inilah dia hakikat yang terdapat pada pati minyak wangi One Drop Perfumes by Egyotian Potion atau lebih dikenali dengan ‘perfume setitik’!
..
Kenyataan ini bukanlah gimik atau strategi pemasaran untuk memikat pelanggan tetapi inilah kenyataan yang tidak dapat dinafikan setelah puluhan ribu pengguna termasuk kalangan selebriti tempatan yang amat berpuas hati dengan kualiti minyak wangi ini.
..
One Drop Sdn. Bhd, pelopor minyak wangi tanpa alkohol pertama di Malaysia mampu memberikan kepuasan berbelanja untuk keperluan diri anda. Dengan pek yang segar dan eksklusif., setiap pewangi One Drop Perfumes diinspirasikan dari 48 jenama antarabangsa yang terkemuka, antaranya ialah Calvin Klein, Chanel, Hugo Boss, Doice & Gabbana, Ralph Lauren, Estee Lauder dan banyak lagi.

One Drop perfumes by Egyptian Potion didatangkan dalam bentuk pati minyak tanpa alkohol yang sesuai digunakan semasa solat. Tidak seperti minyak wangi lain yang meresap setelah disembur pada kulit, haruman One Drop Perfumes ini mampu kekal lebih lama kerana pati minyak wanginya yang akan melekat pada kulit. Malah jika diaplikasikan pada pakaian, haruman ini masih kekal walaupun pakaian telah dicuci.

Setiap pek One Drop Perfumes by Egyptian Potion mengandungi lapan jenis minyak wangi yang berbeza-beza. Didatangkan dalam bentuk ‘roll on’ bersaiz 2.75ml. Meskipun bersaiz mini, ianya lebih 5 kali tahan lebih lama dan 10 kali lebih ekonomi. Malah, ianya sangat mudah dibawa ke mana saja dan tidak membebankan pengguna. Lapan jenis wangian yang berbeza di dalam setiap pek wangian ini memberi pilihan kepada pengguna untuk menukar haruman setiap hari mengikut ‘mood’ atau ke majlis yang berlainan.

Produk ini mempunyai 4 set untuk wanita dan 2 set untuk lelaki. Hanya dengan RM40 sekotak, produk ini boleh didapati di seluruh rangkaian pengedar di seluruh Malaysia. Kini, setiap orang mampu mendapatkan wangian yang berkualiti tinggi ini tanpa perlu berbelanja ratusan ringgit semata-mata untuk memiliki haruman antarabangsa.

Berikutan sambutan hangat dari pengguna, One Drop Sdn Bhd mengambil inisiatif untuk menambah dua lagi pek wangian terbaru yang lebih istimewa. Pada majlis pra-pelancaran yang diadakan di Menara Kuala lumpur baru-baru ini, pek wangian terbaru ini dijangka akan dilancarkan pada penguhujung November ini. Dengan menjadikan lapan pek wangian kesemuanya, One Drop Sdn Bhd yakin dua pek terbaru ini juga bakal mendapat sambutan memberangsangkan dari pengguna dan peminat minyak wangi khususnya.

Tidak dinafikan bahawa produk ini semakin dikenali ramai dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengguna. Bukan itu sahaja, ia juga mendapat perhatian di kalangan selebriti tempatan yang turut hadir di majlis pra-pelancaran tersebut.

“Kepelbagaian warna pada pek pembungkusan ini adalah sangat menarik dan saya amat meminatinya. Ia bukan sahaja tahan lama malah harganya amat berpatutan.”

Menurut Rozita Che Wan yang merupakan pengguna setia One Drop Perfumes by Egyptian Potion sejak dilancarkan tahun lalu.

Pelakon terkenal yang telah membintangi pelbagai drama, Esma Danial berkata “Produk ini sangat mudah digunakan dan mudah juga untuk dibawa ke mana sahaja. Baunya sangat menarik jika dibandingkan dengan produk wangian yang lain yang berasaskan alkohol.”

Bagi pelakon jelita, Rebecca Nur Al-Islam yang kini semakin dikenali dengan drama Sutera Maya yang kini hangat ditayangkan, turut mengakui “Baunya sangat menarik ditambah lagi dengan pembungkusannya yang comel, ianya adalah perfume yang berkualiti.”

Menurut Pengarah Urusan One Drop Sdn. Bhd. En Josafri Johari, “Dua pek terbaru One Drop Perfumes akan disalurkan melalui lebih 2,000 pengedar di seluruh Malaysia serta pasaran antarabangsa sedia ada seperti Singapura, Brunei, Indonesia, Vietnam, Australia dan United Kingdom.”


nizamsky
nizamsky
Latest page update: made by nizamsky , Nov 19 2008, 11:43 PM EST (about this update About This Update nizamsky Edited by nizamsky

563 words added
1 image added

view changes

- complete history)
Keyword tags: None
More Info: links to this page
There are no threads for this page.  Be the first to start a new thread.