One Drop Perfumes - Satu produk mengubah seribu kehidupanThis is a featured page

Walaupun baru setahun setengah di pasaran, One Drop Perfumes ternyata telah memberikan perubahan manis kepada hampir dua ribu pengedarnya di seluruh negara. Hampir 60% dari rangkaian pengedaran One Drop Sdn. Bhd. terdiri dari individual yang menjual minyak wangi One Drop ini secara sambilan ataupun sepenuh masa. Malah terdapat ramai pengedar sambilan yang sebelum ini menghadapi masalah beban perbelanjaan kini sudah berbulan-bulan tidak menyentuh gaji mereka setelah berkecimpung dalam bidang ini.
One Drop Perfumes - Satu produk mengubah seribu kehidupan - Smart Perfumes

Keistimewaan One Drop Perfumes terletak pada kualiti minyak wangi yang dijual dalam bentuk pati penuh tanpa campuran alkohol dan air. Malah didapati bahawa kejayaan para pengedar One Drop Perfumes adalah disebabkan semakin ramai masyarakat mengenali minyak wangi ini. Maka ianya memudahkan lagi proses penjualan kepada pengguna.

Selain itu kebanyakan pengguna tidak berfikir dua kali untuk membeli produk ini kerana harganya sangat ekonomikal untuk semua golongan masyarakat baik pelajar, suri rumah mahupun golongan pekerja. Siapa sangka berbekalkan modal yang kecil dan ketekunan untuk merubah nasib mereka, para pengedar One Drop Perfumes kini bukan sahaja melepaskan diri mereka dari kesempitan wang malah ramai yang mampu menikmati kehidupan yang lebih selesa.

One Drop Perfumes - Satu produk mengubah seribu kehidupan - Smart Perfumes

One Drop Sdn. Bhd. kini merupakan pengimport terbesar di Malaysia tidak meletakkan syarat yang membebankan kepada mereka yang berninat untuk menjadi pengedar. Menurut Pn Saffar Noor, Pengarah Eksekutif One drop Sdn.Bhd., “Saya memulakan perniagaan ini bukan sahaja untuk membantu diri dan keluarga malah berdoa agar diberi peluang untuk menolong sesiapa yang ingin memperbaiki ekonomi mereka sendiri kerana saya pernah merasai hidup susah”

“Alhamdulillah, saya sentiasa bersyukur apabila mendengar cerita dari para pengedar kita bahawa One drop Perfumes telah banyak membantu mereka dari kesempitan hidup. Selain itu, bagi para pengedar yang telah berkeluarga, sering menyatakan bahawa keuntungan dari One Drop Perfumes ini telah banyak membantu memberi lebih kemewahan kepada anak-anak mereka,”tambah beliau.


nizamsky
nizamsky
Latest page update: made by nizamsky , Nov 19 2008, 11:49 PM EST (about this update About This Update nizamsky Edited by nizamsky

289 words added
2 images added

view changes

- complete history)
Keyword tags: None
More Info: links to this page
There are no threads for this page.  Be the first to start a new thread.