Sambutan terhadap produk
One Drop Perfumes memang mengkagumkan dan saya sendiri tidak menyangka dalam tempoh 30 hari secara tepatnya, saya dan juga team Smart Perfumes telah berjaya menjual sebanyak
46 set!
Sememangnya, atas sikap seorang usahawan yang menanam azam dan cita-cita menjadi seorang jutawan, pada hari ini saya dengan rasminya melancarkan satu program yang dinamakan 'Projek Jutawan Smart Perfumes.'
.
Ia merupakan satu perancangan projek untuk melahirkan seramai mungkin agen ataupun pengedar yang berjaya mencapai taraf jutawan melalui bisnes pengedaran One Drop Perfumes. Tempoh masa yang ditetapkan ialah dalam masa lima tahun bermula daripada sekarang dan berita baiknya ialah saya merupakan orang yang pertama menyertainya dan akan diikuti oleh ramai lagi agen yang telah dan akan mendaftar dengan kami untuk mengikuti perjalanan menuju jutawan.
.
Nampak seperti menarik tetapi cabaran yang besar bakal menanti tentunya terutama dalam keadaan ekonomi yang menuju zaman kemelesetan ini namun saya yakin, benar-benar yakin yang ia akan mencapai kejayaan kelak. Jadi nantikan perkembangannya dari masa ke semasa samada projek ini dikemas kini di blog ini ataupun di
usahawan bistari.
Nizam - 11 Nov 2008